Agensi kerajaan responsif terhadap permintaan rakyat Nenggiri

GUA MUSANG – Tindakan responsif agensi kerajaan dalam memenuhi kehendak serta permohonan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menambahkan lagi keyakinan untuk calon Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan berkata, keyakinan itu juga dilihat secara berasas kepada permintaan rakyat yang dapat ditunaikan sebelum hari penamaan calon diadakan.

“Apabila saya melihat beberapa perkara melibatkan permohonan rakyat dapat diselesaikan sebelum PRK maka keyakinan saya bertambah bahawa saudara Awie boleh menang.

“Keyakinan ini adalah berasas kepada permintaan rakyat yang dapat ditunaikan sebelum PRK dan tindak balas begitu pantas melihat realiti politik.

“Sebenarnya 13 tahun Awie telah melakukan kerja membantu YB Aziz Yusof dan Awie dah pusing merata. Sewaktu YB Aziz jadi ADUN Nenggiri
dia (Awie) bukan sehari dua masuk Nenggiri tetapi dah berbelas tahun memberikan khidmat sebelum dia jadi calon ini. Ini satu lagi menunjukkan bahawa harapan kita itu tinggi, insyaAllah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Media Rasmi PRK Nenggiri, di Sungai Asap, di sini, hari ini.

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan, selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos susulan keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16