Pas mungkin tidak bersama Gerakan pada PRU16

PAS tidak menolak kemungkinan tidak akan bersama Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang berhubung pendirian parti sekutunya itu yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pendirian rasmi dikeluarkan Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.

“Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, pada PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dengan parti itu dalam satu ikatan politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu media melaporkan, Gerakan senada dengan DAP supaya syarikat berkaitan arak atau rokok tidak dihalang untuk memberi dana kepada sekolah aliran Cina.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa, ini kerana sekolah aliran Cina selama ini tidak diberikan dana mencukupi oleh Kerajaan Pusat untuk beroperasi.

Beliau berkata, segala fasiliti dan kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar bukan saja daripada syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja. 

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau