Pemilik kedai makan diminta mengucap kalimah syahadah kerana gantung tanglung

HANYA kerana menggantung tanglung sebagai hiasan, seorang pemilik kedai Yong Tau Foo, di Kuantan, Pahang, diminta mengucap dua kalimah syahadah oleh pelanggannya.

Demikian catatan di Facebook Wa Nita Ini yang dipercayai pemilik kedai berkenaan.

Bagaimanapun beliau menganggap tindakan pelanggannya itu adalah kerana terlalu mengambil berat dengan apa yang dimakan.

“Hari ni ade customer mintak sis mengucap 2 kalimah syahadah 🥱.

“Ni kedai Melayu ke Cina?? Islam ke?? siapa owner?? Habis tu yang ada tanglung ni?

“Bukan apa, saya ni bla bla bla.. [someone yang very very concern about whatever she eat, maybe],” catatnya.

Tambahnya, walaupun telah diberi penjelasan namun pelanggan itu seolah-olah tetap tidak berpuas hati hingga memintanya mengucap dua kalimah syahadah.

Situasi itu membuatkan beliau berasa kurang selesa dengan sikap pelanggan itu.

“Ya saya respect la tu… Islam memang wajib jaga sumber makanan… cuma cara tu a little bit not nice to me… Bila kita cakap ya kak kedai Melayu, Islam, tanglung sebab konsep kami Chinese Style dan saya owner… tak cukup lagi. . dia mintak ku mengucap pulak…🫠.

“Takpelah asal beliau bahagia. Cuma ‘tanglung’ pun boleh jadi isu ye guys. Cakap 1Malaysia 🇲🇾. For me Tanglung is just a Lamp ✌️,” catatnya lagi.

Melalui hantaran lain di akaun Facebook yang sama, Wa Nita Ini mengakui bahawa ibu mentuanya merupakan Cina Muslim.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta