Kebakaran rumah teres satu tingkat di Taman Pasir, Serian

KUCHING – Kebakaran rumah teres dilaporkan berlaku di Taman Pasir, Serian, baru-baru ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran tersebut berlaku di bahagian ruang tamu.

“Lebih kurang 10 peratus ruang tamu terbakar di rumah teres satu tingkat tersebut,” menurut kenyataan tersebut.

Difahamkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.

Selain itu, pihak bomba membuat tindakan pantas dengan memotong mangga pagar dan memecah cermin pintu utama rumah bagi akses masuk.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan satu aliran saluran bantu dari tangki jentera,” katanya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku kerana semua penghuni berjaya keluar sendiri dari tingkap keselamatan bahagian atas.

Setakat ini, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16