KUANTAN – Tugas memperjuangkan agama Islam bukan hanya melalui penyertaan dalam parti tertentu.
Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, tanpa menyertai mana-mana parti politik sekali pun, setiap warga Malaysia beragama Islam boleh melaksanakan peranan dalam memantapkan agama Islam di negara ini.
“Jika anda tidak bersama parti ‘mereka’, tidak menjadikan anda sekular… tidak perlu menyokong mana-mana parti politik untuk memperjuangkan agama Islam.
“(Dan) jika tiada parti pun, anda layak berjuang di jalan Allah, ” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Mohd Fadzli yang juga ADUN Lantikan Pahang berkongsi hantaran itu bagi memberi pencerahan berkaitan peranan boleh dimainkan rakyat dalam menjaga kehormatan dan kesucian agama Islam.
Katanya, menyertai parti tertentu tidak menjadikan seseorang itu lebih layak berbanding mereka yang tidak mempunyai parti dalam hal berkaitan mensejahterakan syiar Islam di muka bumi.



