Hari Etnik Sabah lambang pengiktirafan badan kebudayaan negeri

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Etnik Sabah melambangkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian budaya ke arah pembangunan negeri progresif dan harmoni yang dimainkan oleh badan-badan kebudayaan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, ia selari tema dipilih pada tahun ini iaitu ‘Martabatkan Budaya Etnik Sabah Melalui Bahasa’ yang menggambarkan komitmen berterusan kerajaan memelihara dan memulihara kelestarian warisan budaya pelbagai etnik di Sabah.

“Tema ini menyeru kita semua agar sentiasa menghormati, memartabatkan dan menghayati tradisi serta budaya yang merupakan identiti dan kebanggaan rakyat Sabah.

“Penganjuran Majlis Hari Etnik 5.0 ini juga merupakan tanda penghargaan dan pengikhtirafan kepada badan-badan kebudayaan khususnya persatuan berasaskan etnik.

“Ini sejajar dengan usaha kita untuk memastikan warisan budaya ini terus hidup dan diwarisi generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Etnik Sabah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.

Pada majlis itu, turut disampaikan dua kategori anugerah dan penghargaan iaitu Anugerah Peneraju Etnik dan Sijil Penghargaan Pemeliharaan Bahasa.

Christina berkata, ini membuktikan bahawa usaha dan pencapaian dalam memelihara serta memartabatkan kebudayaan diberikan penghargaan yang tinggi.

“la sekaligus menggalakankan usaha berterusan dalam memperkukuh warisan budaya demi kesejahteraan generasi akan datang.

“Saya percaya majlis ini akan terus memperkukuhkan perpaduan antara pelbagai komuniti etnik sekali gus memupuk kesedaran dan penghargaan yang mendalam terhadap warisan budaya,” ujarnya.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan