Parlimen lulus RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

PUTRAJAYA – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 yang antaranya memperuntukkan nilai penalti dinaikkan kepada kadar maksimum RM5,000.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni dan dibahaskan 24 Ahli Parlimen.

Lukanisman ketika menggulung sesi perbahasan RUU itu berkata, jumlah RM5,000 diperuntukkan adalah had maksimum dan kompaun sebenar akan dikenakan dengan mengambil kira tahap keseriusan kesalahan dilakukan agar ia seimbang dan adil.

Beliau menegaskan tujuan utama peningkatan kadar kompaun adalah bagi memastikan kepatuhan lebih baik terhadap peraturan ditetapkan, terutama langkah pencegahan penyakit berjangkit.

Selain itu, katanya, ia bertujuan memperkukuh kawalan kesihatan awam demi keselamatan dan kesihatan awam, sebaliknya bukan sekadar untuk menghukum atau bersifat punitif.

“Malaysia masih mengambil pendekatan munasabah dan seimbang dalam menetapkan penilaian penalti yang tidak dipinda hampir 35 tahun.

“Di Singapura, kadar denda di bawah penyakit berjangkit A, boleh mencecah hingga SGD10,000 bagi kesalahan pertama, dan SGD20,000 bagi kesalahan berulang.

“Di New Zealand pula NZD500 bagi kesalahan pertama dan boleh meningkat NZD50 sehari jika kesalahan berkenaan berterusan, setiap hari.

“Ini menunjukkan denda boleh meningkat secara signifikan, jika kesalahan berlanjutan. Begitu juga dengan denda pelanggaran serius yang boleh mencapai hingga NZD10,000,” katanya, hari ini.

Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti berkata, kadar maksimum denda di Malaysia lebih munasabah berbanding negara lain serta mampu bertindak sebagai instrumen pencegahan bagi golongan yang melanggar undang-undang kesihatan awam.

Kadar itu, katanya, tidak membebankan rakyat secara berlebihan, selain ia menunjukkan penetapan penalti mengambil kira kesejahteraan rakyat dan keadaan sosioekonomi negara, menjadikannya lebih berpatutan berbanding beberapa negara lain.

Related Posts

Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi