PARA SUKMA XXI: Sarawak sasar 83 pingat emas

KUCHING – Sarawak yakin mampu mencapai sasaran 83 pingat emas dalam acara Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang berlangsung dari 22 September hingga 28 September ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sasaran pingat itu mampu dicapai kerana yakin dengan kebolehan atlet Sarawak.

“Sebagai suntikan semangat, pemenang pingat Para SUKMA akan menerima ganjaran yang sama seperti atlet SUKMA yang lain,” ujar beliau.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan insentif tersebut akan mencecah lebih RM1 juta jika berjaya mencapai 83 pingat emas.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri kepada Ketua Kontinjen Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari menegaskan kerajaan Sarawak sentiasa memberi sokongan penuh kepada atlet Sarawak.

“Selagi Sarawak makmur dan rakyat bersatu padu, kita akan terus mengharumkan nama Ibu Pertiwi,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada atlet yang berusaha keras dalam menghadapi persiapan Para SUKMA 2024.

“Saya yakin atlet Sarawak mampu mengharumkan nama Sarawak di pentas kebangsaan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000