Hadiah RM1,200 untuk pengunjung Moh Selawat Kuantan 188

KUANTAN – Pengunjung menara Kuantan 188 berpeluang merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,200 sepanjang program Moh Selawat, hujung minggu ini.

Hadiah itu disediakan pihak pengurusan Kuantan 188 melalui pertandingan baca kitab Turath, tulisan khat jawi, pertandingan azan dan ejaan jawi tepat.

Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman berkata, pertandingan itu terbuka kepada semua pengunjung berumur 17 tahun ke bawah.

“Semua pertandingan ini dianjurkan bersempena program Moh Selawat yang bermula 13 hingga 16 September ini.

“Ia bersesuaian dengan ketibaan cuti penggal persekolahan dan kita harap pelancong dari dalam dan luar Pahang yang mengunjungi bandar raya Kuantan dapat singgah dan memeriahkan program yang kami anjurkan,” katanya melalui satu kenyataan media.

Beliau turut memaklumkan, usaha penganjuran program itu mendapat kerjasama baik Jabatan Agama Islam Pahang dan bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Kuantan sebagai antara destinasi pelancongan Islamik pilihan di Malaysia.

Katanya, program julung kali dianjurkan itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti memanah dan pameran sejarah negeri Pahang.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan