Pakej RAHMAH Prabayar Siswa untuk pelajar lepasan menengah

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mengumumkan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pakej telco berkenaan menawarkan perkhidmatan Internet pada harga tidak melebihi RM30.

“Pakej ini menawarkan harga tidak lebih RM30 dengan minimum permulaan data sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.

“Ia boleh dilanggan mulai 16 Ogos 2024 menerusi lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES),” katanya

Pengumuman dibuat pada Majlis Perasmian ‘IPRM Conference on Ethical and Responsible Communication in conjunction with World PR Day’ di Kompleks Kementerian Komunikasi, di sini pada Selasa.

Jelasnya, inisiatif Pakej RAHMAH ini merupakan usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit