ADUN Rembia kini ahli PAS, tak perlu kosongkan kerusi

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, kini sah menjadi ahli PAS.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun menurut Takiyuddin, tindakan Jailani melompat parti tidak akan menjejaskan kedudukan ADUN terbabit.

Hal itu kerana katanya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka belum lagi menguatkuasakan undang-undang antilompat parti semasa Jailani menyertai PAS.

Untuk rekod sebelum ini UMNO menggantung keahlian Jailani.

Tindakan ADUN Rembia itu menjadikan PAS kini mempunyai seorang wakil dalam DUN Melaka, dan tiga kerusi untuk pembangkang berbanding dua sebelum ini.

Dua lagi wakil PN dalam DUN Melaka ialah Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) dan Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).

Semasa mengumumkan tindakan Jailani, Takiyuddin berkata, ADUN terbabit mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli PAS pada 10 Jun 2023.

Permohonan itu, katanya, diterima pada hari yang sama.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menambah, DUN Melaka hanya membuat pindaan berhubung undang-undang antilompat parti pada 31 Julai tahun lalu.

“Beliau telah diterima menjadi ahli PAS pada 10 Jun 2023. Pada masa itu di Melaka belum ada undang-undang antilompat parti,” katanya pada sidang di media tersebut.

Turut hadir Jailani sendiri serta beberapa pemimpin kanan PAS.

Pada 9 September tahun lalu Lembaga Disiplin UMNO mengesyorkan supaya Jailani digantung keahliannya selama enam tahun.

Ia dibuat selepas badan terbabit memanggil Jailani untuk menghadiri prosiding bagi menjelaskan tindakannya hadir di program kempen PN semasa pilihan raya kecil diadakan di Johor.

Untuk rekod, Jailani asalnya memang ahli UMNO sebelum meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai PKR dan menjadi salah seorang ADUN PH Melaka.

Bagaimanapun beliau bersama seorang lagi ADUN DAP meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong kerajaan baharu pimpinan PN dan BN Melaka pada suku pertama 2020.

Beliau kemudian sekali lagi menyertai UMNO selepas itu.

Takiyuddin berkata, disebabkan Melaka memang belum menguatkuasakan undang-undang berkenaan ketika Jailani diterima menyertai PAS dan ia turut ‘diperakui’ Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini.

Katanya Ab Rauf sendiri ada mempelawa dua ADUN PN Melaka untuk menyertai kerajaan.

“Maknanya pada masa tersebut sesiapa nak lompat parti pun boleh seperti mana seruan Ab Rauf sebelum Julai,” katanya lagi.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026