Pahang sedia bagi bonus penjawat awam Persekutuan

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia mempertimbangkan pemberian bantuan khas kewangan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan itu dalam peringkat penelitian Bahagian Kewangan Negeri bagi menentukan jumlah penerima dan implikasi kewangan sebelum dimuktamadkan.

“Saya memikirkan hendak beri kepada semua penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Pahang, tetapi kerajaan negeri tidak mampu untuk beri kepada semua.

“(Setakat ini) kita belum ada keputusan muktamad, tetapi kita akan fikir mungkin akan bagi secara ‘token’ sama ada RM200 atau RM300 dan ia bergantung kepada simulasi kewangan yang akan dikemukakan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2025 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Pekan Bandar Diraja, dekat Pekan, hari ini.

Wan Rosdy turut memaklumkan pemberian terbabit akan menyasarkan kumpulan berpendapatan bawah RM3,000 hingga RM4,000.

“Kita cuba berlaku saksama walaupun mungkin tidak dapat adil sepenuhnya, yang penting kita hargai perkhidmatan mereka di negeri ini.

“Sebelum ini, kerajaan negeri pernah memberi bantuan (pemberian) kepada doktor dan petugas Kementerian Kesihatan semasa pandemik Covid-19 sebagai menghargai pengorbanan mereka bekerja tanpa mengira masa,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menegaskan, penjawat awam negeri tetap akan menerima bantuan khas kewangan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Jelasnya, jumlah yang akan diberikan pastinya tidak kurang daripada tahun lalu dan mungkin lebih.

“Semuanya bergantung kepada kedudukan kewangan semasa kerana kita baru menerima kira-kira RM850 juta hasil negeri dan ada lebih kurang RM150 juta lagi yang boleh membantu kita melepasi sasaran tahun ini,” katanya.

Related Posts

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

KOTA KINABALU – Pasukan Mountain Search and Rescue Team (MOSAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menjalankan pemantauan serta rondaan keselamatan di sekitar kawasan Gunung Kinabalu susulan kejadian gempa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

BENTONG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 88.39 kilogram sisa elektronik (e-waste) dari luar negara di Pelabuhan Utara, Port Klang, Selangor, awal bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang