PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, platform tersebut membolehkan pelbagai pihak berkepentingan berbincang secara terbuka mengenai isu perpaduan yang timbul di peringkat masyarakat serta merangka langkah proaktif bagi memastikan keharmonian terus terpelihara.

“Usaha memperkukuh perpaduan tidak seharusnya dipikul sepenuhnya oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), sebaliknya memerlukan kerjasama dan komitmen pelbagai agensi, rakan strategik serta kepimpinan di peringkat akar umbi.

“Platform seperti PaduNegeri membolehkan kita membincangkan isu yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat serta mengambil langkah proaktif bagi memastikan keharmonian dan persefahaman terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Isnin.

Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berkata, PaduNegeri berfungsi sebagai forum bagi membincangkan isu berkaitan perpaduan, menjelaskan perkara semasa yang timbul di peringkat akar umbi serta mencadangkan inisiatif bagi memperkukuh keharmonian masyarakat.

“Jawatankuasa tersebut dianggotai wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, jabatan berkaitan serta pemegang taruh yang terlibat dalam inisiatif perpaduan, dengan JPNIN Sabah bertindak sebagai sekretariat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Julita berharap platform berkenaan dapat terus memperkukuh penyelarasan antara agensi kerajaan selain meningkatkan usaha memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah yang terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pembantu Menteri KWKKR, Rina Jainal; Setiausaha Tetap kementerian, Maria Chong; serta Pengarah JPNIN Sabah, Rina Ab Harun.

Related Posts

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Siti Khadijah Razak MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api