Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar


PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penguatkuasaan secara terpilih akan menjejaskan kewibawaan prinsip perundangan antarabangsa serta menggugat keyakinan masyarakat dunia terhadap sistem yang menjadi asas hubungan antarabangsa.

“Sebagaimana saya sentuh sebelum ini, sekiranya undang-undang antarabangsa ingin mengekalkan kewibawaannya, ia mestilah terpakai secara saksama kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI bertajuk Strategi bagi Malaysia dan ASEAN dalam Era Ketidakstabilan Global bersama Prof Jaffery D Sachs, Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDSN), di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perdana Menteri berkata, forum berkenaan berlangsung ketika konflik bersenjata sedang melanda sebuah negara berdaulat, iaitu Iran, serta rakyatnya yang menurut beliau didorong oleh cita-cita hegemoni Israel di Asia Barat dengan sokongan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, konflik itu menyasarkan pemimpin keagamaan, politik dan ketenteraan, selain serangan misil yang turut mengorbankan murid sekolah ketika sedang mengikuti pembelajaran.

“Ketika statistik kematian terus meningkat, bukan hanya di Iran tetapi juga di tempat lain, seperti di Gaza dan Labenon, bandar raya yang kaya dengan warisan sejarah dibom secara membuta tuli sementara kemudahan utama air dan tenaga dimusnahkan sepenuhnya,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, sejarah menunjukkan bahawa konflik di rantau Asia Barat jarang sekali terhad dalam sempadan wilayahnya sahaja.

Beliau berkata, peperangan yang berlaku di Iran kini mula memberi kesan terhadap pasaran tenaga global.

“Saya baru mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan sudah tentu kami perlu membincangkan beberapa isu utama kerana peperangan ini mempunyai implikasi yang meluas ke seluruh dunia dan turut menjejaskan kita di sini, di Malaysia.

“Justeru, ia membawa kesan geopolitik dan geoekonomi yang meluas kepada seluruh dunia – komuniti yang berpecah belah, institusi yang lemah, serta penghakisan kepercayaan,” katanya.

Related Posts

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

KENYATAAN terbaharu Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim bahawa Malaysia tidak sepatutnya menaikkan harga minyak kerana negara mempunyai pengeluaran sendiri dilihat menarik, namun hakikat sebenar industri minyak global jauh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan