Padawan Raft Safari 2024 dapat sambutan antarabangsa

KUCHING: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara Padawan Raft Safari 2024 bakal jadi tarikan utama pelancong.

“Acara Padawan Raft Safari 2024 juga menjadi bukti komitmen Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar,” ujar Karim.

Karim turut berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) atas komitmen mereka dalam menganjurkan acara ini.

“Saya berharap agar pihak penganjur menjemput lebih banyak pihak termasuk tentera dan polis,” ujar Karim.

Padawan Raft Safari 2024 pada kali ini turut memperkenalkan beberapa kategori baharu termasuk kategori Wanita, Agensi Kerajaan, NGO dan pihak hotel.

Difahamkan acara ini bakal menarik 150 peserta tempatan dan antarabangsa dan ini menunjukkan acara ini mendapat sambutan yang meluas.

Peserta Padawan Raft Safari 2024 berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM19,000.

Untuk maklumat lanjut tentang Padawan Raft Safari 2024 dan pendaftaran, sila layari www.padawanraft.com. Pendaftaran dibuka dari 31 Julai 2024 dan akan ditutup pada 20 September 2024.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16