Orang Asli Kensui tunai solat Jumaat kali pertama di surau Nurul Hidayah

BALING – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) mengisytiharkan solat Jumaat buat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Orang Asli Lubuk Legong di sini sekali gus memberi kemudahan kira-kira 100 penduduk lelaki komuniti tersebut.

Setiausaha MAIK, Datuk Dr Abdul Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata, keputusan itu sudah tentu khabar gembira buat satu-satunya komuniti Orang Asli Suku Kensui di Malaysia dalam usaha memudahkan pelaksanaan kewajiban mereka.

“Hari ini hari pertama surau ini boleh menyempurnakan ibadah sembahyang Jumaat, mufti dah bagi kebenaran… jika tidak, mereka perlu ke masjid luar yang berjarak kira-kira 2.3 kilometer,” katanya.

Solat Jumaat di Perkampungan Orang Asli memberi kemudahan kepada komuniti tersebut melaksanakan kewajiban mereka.

Solat Jumaat di Perkampungan Orang Asli memberi kemudahan kepada komuniti tersebut melaksanakan kewajiban mereka.

Beliau ditemui ketika menyempurnakan pengisytiharan dan menyertai solat Jumaat kali pertama tersebut.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Datuk Zakaria Othman .

Abdul Ghani yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) berkata, pelaksanaan ibadat solat Jumaat dikendalikan oleh komuniti Orang Asli memandangkan terdapat lepasan institusi agama dan universiti tempatan dalam kalangan mereka.

Sementara itu, Zakaria berkata, satu kajian lengkap telah dibuat JHEAIK dan LZNK mengenai keperluan masyarakat Orang Asli Suku Kensui Lubuk Legong melaksanakan solat Jumaat bersama kelompok mereka sendiri.

“Perkara ini diangkat dan jawatankuasa fatwa memutuskan mereka boleh melakukan solat Jumaat tanpa secara pecah kariah dengan jemaah asal bagi membolehkan semua masyarakat Orang Asli Lubuk Legong mendirikan solat Jumaat,” katanya.

Jelas beliau, keputusan itu diyakini memberi sinar baharu buat mereka dalam usaha memperkukuhkan iman dan memantapkan ibadat.

“Sejak 2018, kita sudah ada 17 pelajar anak Orang Asli Kensui belajar di sekolah agama di sekolah LZNK di Belantek Sik… Pada 2024, pengambilan pertama ada tiga pelajar Orang Asli dah menduduki SPM… berjaya masuk universiti.

“Mereka sudah ada calon untuk baca khutbah, kita dah latih dan Alhamdulillah… bagi lepasan SPM pula, kita beri peluang enam bulan kursus intensif di Institut Dakwah Islamiah Perkim Pengkalan Chepa,” katanya.

Solat Jumaat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Lubuk Legong Baling.

Solat Jumaat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Lubuk Legong Baling.

Dalam perkembangan sama, Tok Batin, Razali Kulim, menzahirkan kesyukuran apabila keputusan mendirikan solat Jumaat di kampung mereka dibenarkan.

“Anak-anak Orang Asli teruja sebab jarang ke masjid luar… nak bergaul sukar sebab kebanyakan mereka masih rendah diri.

“Pelaksanaan ini membolehkan mereka belajar, menambah keyakinan, faham dan tahu kewajiban sembahyang Jumaat, membuatkan mereka berani berhadapan komuniti luar,” katanya.

  • Related Posts

    10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

    KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

    PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

    TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

    TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

    TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

    10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

    10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

    Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

    Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

    Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

    Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

    Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

    Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi