Ops Cegah: 15 individu positif syabu dicekup AADK Miri

MIRI – Seramai 15 individu termasuk seorang wanita diberkas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi Ops Cegah Bil. 8/2026 pada 30 Mac lalu.

Dalam operasi yang bermula pada jam 2 petang hingga 11.30 malam itu, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 46 tahun berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

AADK Miri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan tersebut diperoleh hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka di Pejabat AADK Daerah Miri.

Menurut kenyataan itu, 12 lelaki telah ditahan di lokasi operasi di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana disyaki sebagai penagih dan penyalah guna dadah.

“Selain itu, dua lelaki bersama seorang wanita turut ditahan atas kesalahan gagal hadir jamin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Sementara itu, dalam satu operasi berasingan di kawasan Subis, pihak AADK turut menahan empat lagi individu berusia antara 32 hingga 46 tahun yang didapati positif syabu.

“Daripada jumlah tersebut, dua lelaki ditahan di lokasi kerana disyaki penagih di bawah Seksyen 3 akta sama, manakala dua lagi ditahan kerana melanggar syarat pengawasan,” jelas kenyataan itu lagi.

Tambah kenyataan tersebut, kesemua individu terbabit kini menjalani siasatan lanjut dan tindakan pemulihan akan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain itu,tegas kenyataan itu, pelaksanaan operasi berkenaan membuktikan komitmen serta usaha berterusan agensi tersebut dalam menggempur dan membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam komuniti setempat.

Foto: Facebook AADK Miri

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei