Op Metal SPRM serbu kilang ‘besi buruk’

BUTTERWORTH – Satu lagi kilang memproses e-waste di Jalan Perusahaan Perai 3, Kawasan Perusahaan Perai di sini, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Serbuan dilakukan susulan pembongkaran sindiket seludup besi buruk untuk dieksport dengan diikrarkan sebagai barangan jentera dan logam lain yang tidak dikenakan cukai eksport sebanyak 15 peratus sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Ia menyebabkan negara mengalami kerugian hasil cukai eksport dipercayai mencecah lebih RM950 juta sejak enam tahun lalu.

Serbuan menerusi Op Metal bermula 9 pagi dilakukan di kilang terbabit yang memproses bahan e-waste dari komponen komputer dan telefon bimbit.

SPRM turut menggunakan pasukan taktikalnya, Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) ketika serbuan bagi tujuan keselamatan.

Pekerja kilang kemudiannya dikumpul di kawasan kilang itu, sementara pekerja bahagian pengurusan disoal siasat SPRM bagi mendapatkan dokumen berkaitan yang diperlukan bagi membantu siasatan.

Selang beberapa minit, seorang lelaki dipercayai pengurus operasi kilang terbabit tiba sebelum dibawa masuk ke dalam pejabat.

Lelaki itu kemudiannya menunjukkan bahagian memproses bahan e-waste itu di bahagian belakang kilang sebelum disoal pegawai SPRM.

Serbuan itu susulan operasi serentak yang dilakukan di lima negeri sejak semalam selepas sindiket turut dipercayai membayar rasuah kepada penguat kuasa bagi mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM menerusi Multi Agency Task Force (MATF) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara (BNM).

Media hari ini melaporkan kegiatan menyeludup keluar besi buruk untuk dieksport dengan diikrarkan sebagai barangan jentera dan logam lain.

Ia menjadi modus operandi sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri yang menyebabkan negara mengalami kerugian hasil cukai eksport.

­

Related Posts

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan serta rakan industri bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan mampan serta memberi impak nyata kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit