Serangan udara Israel gegar selatan Syria

PESAWAT pejuang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara di selatan Syria, khususnya di wilayah Suwayda dan Daraa.

Menurut Anadolu, beberapa serangan dilaporkan berlaku di wilayah Suwayda yang majoritinya didiami komuniti Druze, namun tiada maklumat lanjut mengenai jumlah korban atau kecederaan diberikan setakat ini.

Radio Tentera Israel turut melaporkan bahawa sebuah kereta kebal Syria telah diserang selepas ia didakwa memasuki bandar Suwayda.

Anadolu turut melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel turut menyerang kawasan pinggir bandar Izra yang terletak di wilayah luar bandar Daraa.

Dalam satu kenyataan rasmi tentera Israel, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan telah mengarahkan serangan terhadap pasukan tentera Syria serta kenderaan ketenteraan di Suwayda.

“Pasukan tentera telah menyerang beberapa kenderaan perisai, termasuk kereta kebal, kenderaan perisai pengangkut (APC), dan sistem pelancar roket berganda (MLRS), selain memusnahkan jalan akses yang digunakan konvoi bagi mengganggu pergerakan mereka ke kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu pada pagi Selasa, Menteri Pertahanan Syria, Jeneral Murhaf Abu Qasra mengumumkan gencatan senjata sepenuhnya di wilayah Suwayda hasil rundingan dengan pemimpin komuniti tempatan.

Seiring dengan pengumuman tersebut, tentera Syria telah mula menarik keluar kelengkapan ketenteraan berat dari Suwayda sebagai persediaan untuk menyerahkan kawalan kawasan kejiranan di bandar itu kepada pasukan keselamatan dalaman.

Pada Isnin, Kementerian Dalam Negeri Syria memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 30 individu terbunuh manakala hampir 100 lagi cedera dalam pertempuran antara pejuang bersenjata suku Badwi dan kumpulan militan Druze di wilayah itu.

Related Posts

Al-Aqsa, Gereja Makam Suci dibuka semula bermula Khamis

BAITULMAQDIS – Israel mengumumkan pembukaan semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di timur Baitulmaqdis yang diduduki bermula pagi Khamis, selepas kedua-dua tapak suci itu ditutup sejak 28 Februari lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump akur gencatan senjata 14 hari

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan ‘penangguhan serangan ketenteraan’ terhadap Iran selama dua minggu. Dalam satu kenyataan dimuat naik Rumah Putih di platform X, beliau berkata, gencatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis