Objektif Himpunan Turun Anwar tidak akan berjaya – Puad

HIMPUNAN Turun Anwar yang akan dianjurkan pembangkang esok bagi tujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berundur tidak akan berjaya.

Namun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan, individu yang akan menerima kekalahan susulan perarakan ini ialah dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perhimpunan esok, yang tewas ialah Tun M dan Muhyiddin. Anwar tidak turun turun. Nak tunggu PRU ke-16 terlalu lambat untuk mereka berdua,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit turut menyifatkan himpunan esok lebih membuatkan pemimpin Pas berdebar-debar berbanding Anwar.

Dakwa beliau, debaran itu bukan disebabkan sama ada himpunan itu mampu membuatkan Anwar meletakkan jawatan atau sebaliknya, tetapi sama ada sasaran kehadiran 500,000 orang mampu dicapai.

Related Posts

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

ALOR SETAR – Cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM3,000 bagi setiap tan metrik berpotensi memberi kesan langsung kepada kenaikan harga beras di pasaran. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

BANDAR BAHARU – Maklumat berkaitan isu pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta termasuk kemungkinan berlakunya penyelewengan akan didedahkan apabila tiba masanya kelak. Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun