Gubal Akta Anti Buli segera, jangan tunggu pelajar lain jadi mangsa – Noraini

KOTA KINABALU – Penggubalan Akta Anti Buli perlu disegerakan kerana membabitkan aspek keselamatan pelajar, tanggungjawab institusi pendidikan dan keadilan untuk mangsa, kata Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris.

Noraini berkata demikian ketika mengulas mengenai kes kematian pelajar sekolah adik Zara Qairina Mahathir yang didakwa terlibat dengan insiden buli.

Beliau yang juga mantan Ahli Dewan Negara berkata, adanya Akta Anti Buli, semua pihak terlibat termasuk sekolah, asrama atau institusi pendidikan akan dipertanggungjawabkan secara undang-undang jika cuai dalam menangani, melindungi mangsa buli atau cuba menyembunyikan isu buli yang berlaku di tempat pengawasan mereka.

“Akta ini akan memberikan mesej jelas bahawa isu buli bukan kesalahan remeh, tapi jenayah serius dan tidak akan dikompromi walau di manapun.

“Ia juga akan mengurangkan budaya buli senyap yang selama ini dianggap sebagai normalisasi dalam banyak institusi,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Jelasnya, kematian Zara bukan sekadar cerita sedih tetapi adalah tragedi menyakitkan terutama jika terbukti benar bahawa zara adalah mangsa buli.

“Walaupun perkara ini masih dalam siasatan pihak berkuasa tetapi dari cerita ibu mangsa, mangsa pernah mengadu kepada ibunya bahawa dia dibuli di sekolahnya.

“Kes seperti Zara dan banyak kes-kes lain yang tular sebelum ini sama ada di sekolah atau insitusi pengajian tinggi berasrama menunjukkan buli boleh membawa kepada trauma, tekanan emosi, kecederaan serius malah boleh menyebabkan kematian.

“Tanpa undang-udang khusus banyak kes buli hanya dianggap sebagai salah laku disiplin bukan jenayah,” ujarnya.

Katanya, dalam kes Zara ini, pihak sekolah perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya bukan cuba menyembunyikan fakta memandangkan kejadian berlaku di kawasan sekolah.

“Masyarakat khususnya keluarga mangsa perlu tahu kebenaran di sebalik tragedi ini.

“Kita tidak perlukan lagi kenyataan berbaur penyesalan. Kita perlukan tindakan segera dengan penggubalan Akta Anti-Buli.

“Zara telah pergi tetapi biarlah kematiannya menjadi batas terakhir kepada kelalaian kita. Jika kita masih memilih untuk menangguh undang-undang ini, maka kita sedang membuka pintu kepada tragedi seterusnya,” katanya.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak