Nurul Izzah seru jentera parti bersedia hadapi PRN17 Sabah

JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyeru seluruh pemimpin dan jentera akar umbi parti untuk bersiap siaga membantu kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Nurul Izzah menegaskan bahawa Sabah merupakan medan penting yang memerlukan sokongan padu daripada seluruh kekuatan parti, termasuk dari negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah juga menekankan keperluan jentera seluruh negara untuk turut membantu di lapangan.

“Saya sempat bertemu dengan perwakilan Sabah, dan saya ingin tegaskan bahawa ini adalah langkah pertama dalam perancangan kempen kita di negeri di bawah bayu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perjuangan ini bukan sahaja bersifat politik luaran, tetapi juga untuk memperkukuh nilai dan keutuhan dalaman parti.

“Kita kena menang sebagai sebuah gerakan. Jalan ini panjang, dan ini adalah tugas yang tinggi. Tapi Insya-Allah, selagi kita memahami bahawa kita bukan sahaja nak menang di luar, tetapi juga diri kita di dalam (parti), kita akan terus kuat,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Nurul Izzah memohon doa hadirin untuk perjalanannya menunaikan ibadah haji.

“Saya akan pergi menunaikan ibadah haji, Insya-Allah. Doakan saya mendapat haji yang mabrur,” katanya.

PRN17 Sabah dijangka menjadi medan penting buat PKR dan rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengekalkan kerusi di negeri itu.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James