Lebih 100 pelajar Pulau Berhala terima subsidi pengangkutan

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung mengumumkan bantuan subsidi pengangkutan kepada lebih 100 pelajar dari Kampung (Kg) Pulau Berhala Laut yang menghadapi kesukaran untuk ke sekolah setiap hari.

Frankie berkata, satu perbincangan yang sangat bermakna telah diadakan bersama pemimpin komuniti kampung tersebut bagi membincangkan cabaran yang dihadapi oleh para pelajar, terutamanya melibatkan perjalanan harian merentas laut ke tanah besar Sandakan.

“Kami dimaklumkan bahawa kebanyakan penduduk Kg Pulau Berhala Laut adalah daripada keluarga nelayan berpendapatan rendah.

“Kos pengangkutan harian menjadi beban besar kepada mereka,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Sebagai langkah permulaan, pihaknya memutuskan untuk menyalurkan subsidi kos pengangkutan kepada pelajar-pelajar yang terlibat bagi memastikan mereka dapat terus hadir ke sekolah tanpa sebarang gangguan.

“Pendidikan ialah hak semua anak. Kami akan terus berusaha untuk membela keperluan rakyat, terutamanya komuniti luar bandar,” ujarnya.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap