UMNO tidak akan minta tambahan jawatan Menteri Kabinet

KUANTAN – UMNO tidak tamak untuk memohon dua jawatan menteri dalam Kabinet – sekiranya jawatan tersebut dikosongkan – berikutan kekalahan dua menteri dalam pemilihan PKR.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan terbabit adalah kuota untuk PKR.

“Itu adalah kuota untuk mereka, jadi saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada UMNO.

“Kita bersyukur kerana kita ada tujuh orang menteri UMNO berada dalam barisan Jemaah Menteri sekarang,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Eastern International TVET Pahang di Gambang, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, UMNO tidak seharusnya campur tangan dalam urusan parti lain.

“Dan tentunya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) akan melakukan sesuatu yang terbaik agar kerajaan yang sedia ada dan anggota Jemaah Menteri dapat bergerak terus seiring sejalan untuk menentukan pengukuhan Kerajaan MADANI ini,” katanya.

Dalam pada itu mengulas sekiranya jawatan itu diberikan kepada UMNO, beliau berkata parti itu bersedia untuk menerima sekiranya parti terbabit mahu jawatan itu diberikan kepada UMNO.

“Itu hak mereka, kita tidak boleh campur tangan, kita tahu batas-batas permintaan kita tetapi kalau jawatan itu mahu diberikan kepada UMNO, kita menadahkan sebuah padang bola untuk menerima tawaran itu,” katanya lagi.

Ahmad Zahid dalam pada itu turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nurul Izzah Anwar atas kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR menumpaskan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menjawat jawatan itu sebelum ini.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James