Nurul Izzah jawab fitnah tunai haji guna pakej mewah

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan bahawa beliau dan suaminya, Yin Shao Loong menerima tajaan pakej haji mewah dan menaiki jet peribadi ke Tanah Suci.

Anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjelaskan bahawa mereka menunaikan ibadah haji melalui visa mujamalah.

“Urusan logistik termasuk tempat tinggal dan pengangkutan diatur oleh agensi pelancongan berlesen – Mimm Travel.

“Kami menaiki penerbangan komersial dan menggunakan wang simpanan sendiri.

“Tiada jet peribadi seperti yang difitnah. Perjalanan dilakukan sama seperti jutaan jemaah haji lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Nurul Izzah memaklumkan beliau menerima banyak mesej dan hantaran berhubung fitnah berkenaan, justeru sesuatu yang tidak benar dan jauh daripada hakikat sebenar perlu diperbetulkan.

Beliau turut berkongsi pengalamannya menghadiri sesi ilmu bersama Sheikh Dr Omar Suleiman, Dr Tahir Wyatt dan Ustaz Dr Mohd Amirul Hassan Ahmad Tajuddin di Madinah.

Nurul Izzah menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang amat menyentuh hati.

“Paling bermakna, dapat melaksanakan ibadah haji bersama suami, khususnya di Arafah, tempat di mana Allah SWT menurunkan ayat ketiga Surah al-Maidah yang memberitahu bahawa agama kita telah disempurnakan,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan agar ibadah tidak dijadikan bahan tohmahan atau fitnah, meskipun wujud perbezaan pandangan serta persaingan dalam medan politik dunia.

“Biarlah kita saling mendoakan, semoga Allah SWT mengurniakan rezeki dan peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk menjadi tetamu-Nya, dalam keadaan dimudahkan, diterima amal dan dijauhkan daripada fitnah manusia,” ujarnya lagi.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026