Nahas bas persiaran bawa pelajar UPSI, sekurang-kurangnya 15 individu maut

GERIK – Sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini awal pagi Isnin.

Difahamkan kejadian sekitar pukul 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan itu melibatkan 48 mangsa.

“Seramai 13 mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.

“Setakat ini tujuh mangsa berada di zon merah dengan 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau,” katanya.

Difahamkan bas tersebut membawa 42 penumpang yang disewa khas bagi membawa pelajar UPSI dari Terengganu dan Kelantan.

Mereka pulang menyambut perayaan Aidiladha kembali ke kampus bagi memulakan pengajian yang dijadualkan hari ini.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang