Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak

ALOR SETAR – “Ini harga yang saya perlu bayar untuk perjuangan ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis, susulan pengumuman pemecatannya daripada Bersatu malam tadi.

Abdul Razak yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata, bagaimanapun beliau tidak terkejut dengan pemecatan itu, sebaliknya sudah menjangkakan ia akan berlaku.

Katanya, beliau sebelum ini menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin Bersatu menuntut penjelasan berhubung salah laku yang didakwa dilakukannya apabila menyokong bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Bagaimanapun, saya sedikit kesal apabila tidak dipanggil untuk diberi peluang memberi penjelasan dalam prosiding bersama Lembaga Disiplin Bersatu kerana saya hendak tahu siapa yang membuat aduan terhadap saya.

“Apapun saya reda dengan keputusan ini dan sedar surat tunjuk sebab yang diterima sebelum ini sekadar formaliti, kerana tujuan sebenar mereka adalah mahu memecat saya,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Abdul Razak berkata, berikutan keputusan parti itu, statusnya kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong Perikatan Nasional di DUN Kedah.

Katanya, beliau juga menyerahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah, berikutan pelantikan itu dibuat pada Sidang DUN.

“Buat masa ini saya belum membuat keputusan untuk merayu atau tidak kerana perlu berbincang bersama rakan lain termasuk bersama Dzowahir Ab Ghani (ADUN Suka Menanti).

“Cuma saya perlu jelaskan bahawa saya bukan pembangkang di DUN Kedah kerana masih menyokong PN, lain-lain keputusan saya serah kepada Menteri Besar,” katanya.

Terdahulu, Bersatu mengumumkan mengambil tindakan disiplin terhadap lapan pemimpinnya termasuk memecat dua ADUN dan menggantung keahlian enam lagi pemimpin wakil rakyat berkuat kuasa serta-merta.

Related Posts

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

TEBRAU – Kerajaan Negeri Johor digesa supaya segera menilai semula mekanisme agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 susulan dakwaan proses tuntutan yang menyukarkan penerima khususnya golongan warga emas. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu. Menyedari tanggungjawab…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh