Norris tutup musim F1 selaku juara, tamat penguasaan Verstappen

LANDO Norris menutup musim Formula Satu (F1) 2025 dengan bergaya apabila muncul juara dunia buat kali pertama, sekali gus menamatkan dominasi Max Verstappen yang menyandang gelaran itu selama empat tahun berturut-turut.

Pemandu McLaren itu menamatkan perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi, malam tadi di tempat ketiga, tetapi sudah memadai untuk menobatkan dirinya selaku juara dunia musim ini.

Verstappen, yang memenangi lapan perlumbaan musim ini, menamatkan perlumbaan terakhir sebagai juara dengan rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri, di tempat kedua.

Norris yang bergelar juara dunia F1 ke-11 dari Britain, mengakhiri musim dengan 423 mata, mengatasi Verstappen (421 mata) dan Piastri (410 mata) dalam perebutan gelaran yang paling sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

McLaren yang merangkul kejuaraan pengeluar pada Oktober lalu, memenangi kedua-dua gelaran dalam musim yang sama buat kali pertama sejak 1998.

Related Posts

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

ARSENAL mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

PEP Guardiola mengakui perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bukan lagi dalam kawalan Manchester City selepas seri 3-3 dengan Everton, awal pagi tadi. “Sekarang ia bukan lagi di tangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan