Nilai ringgit kembali kukuh

PUTRAJAYA – Ringgit ditutup dengan mengukuh berbanding dolar AS hari ini, sejajar dengan mata wang serantau lain berikutan peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan esok.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.3400/3445 berbanding dolar AS daripada 4.3700/3745 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, semakan semula data senarai gaji bukan ladang AS baru-baru ini menunjukkan pasaran buruh AS lemah manakala harga minyak mentah berada pada trajektori rendah.

“Sehubungan itu, trend disinflasi akan kekal utuh, memberi laluan kepada penurunan kadar faedah (AS) pada minggu depan,” katanya.

Selain itu, katanya persoalan utama sekarang ialah sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS akan memilih penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas atau 25 mata asas, bergantung kepada tahap kelembapan permintaan.

“Buat masa ini, ringgit dijangka berada dalam trend yang baik berdasarkan kemungkinan penurunan kadar faedah AS, yang boleh merapatkan jurang antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman,” katanya.

Related Posts

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

ISKANDAR PUTERI – Negeri Johor terus mengorak langkah sebagai hab digital utama Asia Tenggara apabila projek pusat data JHB1 milik Digital Halo mencapai satu lagi pencapaian penting menerusi majlis “topping…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan pelarasan perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi akibat konflik di Asia Barat, namun memberi jaminan perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

  • By Ynom
  • April 30, 2026
Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal