
KLUANG – Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh laman sosial Facebook rasmi Perhubungan UMNO Johor.
Semalam, Syed Hussien berkongsi keadaan bapanya Syed Abdullah Syed Abdul Hamid, 67 yang terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di daerah ini.
Beliau hanya memberitahu bapanya terpaksa ditidurkan selepas disarankan oleh doktor.
Menurut sumber, Allahyarham yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang adalah pejuang kanser.
Sabtu lalu, Allahyarham dikatakan turut berada di Taman Sri Kluang, di sini, sebagai tanda sokongan kepada anaknya bagi keputusan pengumuman calon BN untuk PRK DUN Mahkota.