Nilai integriti Tunku Abdul Rahman jadi panduan Kerajaan Madani

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Bapa Kemerdekaan negara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan Madani.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook sempena mengenang ulang tahun keputeraan Perdana Menteri Malaysia pertama hari ini berkata, beliau bertekad meneruskan perjuangan negarawan ulung itu demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.

Beliau berkata, nama Almarhum tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, sebaliknya sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni.

Anwar berkata, keghairahan Almarhum dalam memastikan negara ini kekal aman dan harmoni harus terus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, terutama dalam menghadapi cabaran masa kini.

“Sumbangan Almarhum Tunku pastinya akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai perpaduan dan keamanan yang telah membentuk kesatuan negara kita.

“Semoga legasi Almarhum Tunku terus menjadi panduan dalam usaha kita membina negara yang lebih baik untuk generasi mendatang,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan roh Almarhum Tunku Abdul Rahman dilimpahkan sebesar-besar ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT.

Tunku Abdul Rahman diputerakan di Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903, menjawat jawatan Perdana Menteri yang pertama bermula 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan