Nenggiri terima mesin ATM kedua

DAKWAT masih belum hilang di jari pengundi Nenggiri, namun mereka sudah menerima kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) kedua di Bertam Baru.

Sebelum itu pada 14 Ogos lalu, sebuah ATM dipasang di Jerek Baru iaitu tiga hari sebelum penduduk Nenggiri mengundi.

Kedua kemudahan itu amat dinantikan kira-kira 30,000 penduduk apabila mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) ke bandar Gua Musang untuk mengeluarkan wang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie berkata, ATM itu memberikan kemudahan kepada penduduk di Bertam Lama, Bertam Baru, Limau Kasturi dan sekitarnya.

“Lepas ini kalau nak ambil wang… kita sudah ada ATM untuk kemudahan penduduk di sini.

“Terima kasih kepada RHB Bank dan semua yang telah mempermudahkan urusan ini,” katanya menerusi akaun TikTok miliknya.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa