Nenggiri akan berubah wajah jika BN menang

GUA MUSANG – Nenggiri diberi jaminan bakal berubah wajah dalam tempoh setahun jika calon dari Barisan Nasional (BN) diberi kepercayaan dan mandat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bagaimanapun akan memberi sokongan padu bagi membantu calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi merealisasikan perkara berkenaan.

Katanya, perkara itu penting selain pengundi juga diingatkan agar memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan.

“Kelantan kita hanya ada dua wakil rakyat iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama yang diwakili Pakatan Harapan (PH) dan DUN Galas yang mewakili BN.

“Oleh itu, kita perlu menebus kembali kerusi DUN Nenggiri bagi menambah satu lagi kerusi yang akan dihantar di DUN Kelantan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, calon BN hanya kalah tipis dengan Perikatan Nasional (PN) iaitu 810 undi sahaja.

“Justeru, peranan jentera amat penting demi memastikan orang Nenggiri memilih BN kerana ini adalah keuntungan demi masa depan mereka.

“Setakat ini saya melihat semangat kita cukup tinggi dan tanda-tanda kemenangan juga sudah kelihatan dan besar harapan saya ianya menjadi kenyataan,” katanya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa