Nasib peniaga pasar malam antara tumpuan Syed Hussien

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah mengakui pernah menolong keluarganya berniaga di pasar malam satu ketika dulu.

Beliau yang mewakili BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Mahkota berkongsi pengalaman itu ketika berkempen di tapak pasar malam Bukit Ayam, dekat sini, hari ini.

“”Saya memahami situasi peniaga ketika ini kerana saya dulu pernah berniaga, membantu emak menjual kuih ‘Chang’ dan ini membuatkan saya lebih dekat dengan mereka.

“Sebelum ini, saya ke pasar sebagai pelanggan atau Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) namun kali ini, kedatangan saya adalah calon wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau menjelaskan nasib peniaga pasar malam adalah antara perkara akan diperjuangkan jika dipilih oleh pengundi pada 28 September ini.

Pada PRK Mahkota kali ini, Syed Hussien berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar atau lebih dikenali Coach Haizan.

PRK itu diadakan susulan penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalam.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi