4,629 stesen pemancar di Sabah dinaik taraf menerusi Jendela

SIPITANG – Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu bagi memastikan tahap kesinambungan dan perkhidmatan internet di negeri ini berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.

“Selain itu, 303,569 premis akan dilengkapi sambungan gentian optik melalui Jendela.

“Perkhidmatan jalur lebar melalui satelit Broadband Wireless Access (BWA) turut dilaksanakan di 138 lokasi di Sabah,” katanya di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, MCMC turut memaklumkan pemasangan peranti POC Starlink bertujuan menilai kebolehlaksanaan penyediaan perkhidmatan jalur lebar menggunakan satelit itu sebagai salah satu langkah untuk memenuhi pelbagai keperluan yang terangkum dalam Jendela.

“Peranti Starlink dipasang di Papar (dua lokasi), Keningau (dua lokasi), Tawau (dua lokasi) serta masing-masing satu lokasi di Kudat, Ranau, Tuaran dan Nabawan,” katanya.

Menurut kenyataan sama, sebanyak 118 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah beroperasi di seluruh Sabah manakala 14 lagi NADI baharu akan dibina yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di negeri berkenaan.

Bagi memperkasakan komuniti selain memastikan capaian serta peluang sama rata, program yang ditawarkan di NADI kini berpaksikan lima teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan.

Pada Ahad, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengadakan lawatan ke Kampung Mondikot, Papar bagi meninjau perkembangan projek POC Starlink menghadiri program Hari Bersama Komuniti di NADI Mesapol Sipitang serta meninjau perkembangan projek menara komunikasi Jendela di Kampung Menengah Ulu Sipitang.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi