Reka alasan tolak MoU peruntukan MP pembangkang bukti PN tidak serius bela rakyat

PUTRAJAYA – Tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang membuktikan gabungan itu tidak ikhlas menjaga kepentingan rakyat.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Rusdi Omar berkata, seharusnya rundingan diteruskan pembangkang dalam mewujudkan persefahaman bersama kerajaan, namun mereka mengambil pendekatan berbeza semata-mata mahu mencipta isu politik demi kepentingan peribadi.

“Alasan PN menolak draf MoU itu adalah menyifatkannya bertentangan dengan Perlembagaan, nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa, serta mengongkong kebebasan. Kenyataan itu amat mengecewakan.

“Ia seolah-olah direka PN bagi menghalalkan penolakan MoU berkenaan dengan alasan kabur sedangkan aduan dibuat sebelum ini berkisar kepada isu lain,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi menegaskan alasan seperti beberapa syarat boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tidak masuk akal, selain tuduhan kononnya ia bertentangan nilai budaya, moral dan agama adalah terlalu kabur berikutan tiada perincian yang dipamerkan PN.

Menurutnya, syarat sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen ke-15 tidak sepatutnya menjadi permainan politik PN kerana Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang, memberi
sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga Parlimen dibubarkan selepas MoU ditandatangani pada 2021.

“Begitu juga dengan keperluan untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta yang tidak sepatutnya menjadi masalah melainkan jika ada sesuatu cuba disembunyikan oleh PN. Dua perkara asas yang dibantah itu sebaliknya tidak disentuh Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin) menunjukkan kenyataan media berkenaan seperti mahu menutup isu sebenar.

“PN tidak mengambil kira realiti politik dan pentadbiran antara Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini dengan Kerajaan Keluarga Malaysia diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempunyai dinamik dan konteks sangat berbeza.

“Dari sudut perbezaan struktur dan keperluan sokongan antara Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Keluarga Malaysia. Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah Ismail Sabri adalah kerajaan memiliki beberapa kerusi Parlimen tidak stabil dan bergantung kepada sokongan Ahli Parlimen PH untuk kekal berkuasa,” katanya.

Rusdi berkata, situasi tersebut menyebabkan Ahli Parlimen Bera itu perlu melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau memperoleh sokongan daripada blok pembangkang, selain ia bukan diasaskan kepada idealisme tetapi satu keperluan untuk memastikan kelangsungan kerajaan.

“Sebaliknya, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar adalah kerajaan stabil dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen di Parlimen. Ini bermakna Kerajaan Perpaduan tidak memerlukan sokongan Ahli Parlimen PN.

“Namun, pembangkang memerlukan kerjasama dan bantuan daripada Kerajaan Perpaduan untuk terus relevan dan berfungsi dengan efektif. Di dalam erti kata lain, kini Ahli Parlimen PN bergantung harap kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Rusdi yang juga yang juga Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kerajaan Ghazali Shafie (GSGSG), UUM memaklumkan, kritikan terhadap syarat untuk menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN menunjukkan kekurangan pemahaman terhadap keperluan dasar kerajaan yang sentiasa mengutamakan kestabilan dan kelangsungan.

Dalam Kerajaan Perpaduan, jelasnya, keputusan penting dibuat melalui konsensus rasmi tercapai antara wakil tertinggi parti membentuk Kerajaan Perpaduan menerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan, bukan melalui pendapat individu Ahli Parlimen.

“Kerajaan Perpaduan perlu memastikan peruntukan disalurkan adalah untuk kepentingan rakyat, bukan dijadikan alat politik pembangkang untuk meraih sokongan atau menentang kerajaan. Keutamaan ini selari dengan usaha kerajaan untuk membina negara lebih stabil dan sejahtera.

“Justeru itu, kritikan menyatakan kononnya Kerajaan Perpaduan menyongsang Manifesto PH adalah tidak berasas dan tidak mengambil kira realiti politik semasa. Kerajaan perlu dilihat sebagai entiti bekerja untuk seluruh rakyat.

“Bukannya sekadar memenuhi kehendak satu kumpulan politik sahaja. Prinsip kesaksamaan perlu ditafsirkan dalam konteks praktikal mencerminkan keperluan dan cabaran semasa, bukan semata-mata sebagai retorik politik,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataan berkata, pihaknya menolak MoU atas empat faktor antaranya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral dan agama.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM