Lelaki cedera, rumah atas air roboh di Tawau

TAWAU – Seorang lelaki cedera ringan di bahagian kaki semasa menyelamatkan diri sebelum rumah atas air yang didiaminya runtuh sepenuhnya dalam kejadian di Kampung Hidayat, awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu pukul 3.11 pagi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah atas air berstruktur kayu telah runtuh sepenuhnya dan memastikan kawasan sekitar selamat.

“Mangsa juga telah diberikan rawatan awal oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Jemishin turut menasihatkan penghuni rumah berhampiran agar mengosongkan kediaman masing-masing buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah