MPS lancar penjenamaan semula Kempen Tanpa Beg Plastik Sandakan

SANDAKAN – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) melaksanakan penjenamaan semula Kempen Tanpa Beg Plastik Sandakan yang bermula 1 Januari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPS, caj kutipan 20 sen untuk beg plastik yang diperkenalkan sebelum ini akan dibatalkan sebagai sebahagian daripada perubahan tersebut.

“Semua peniaga diwajibkan untuk memastikan pelanggan membawa beg sendiri semasa berbelanja.

“Sebagai alternatif, peniaga digalakkan untuk menyediakan beg jenis ‘biodegradable/non-compostable’ atau beg guna semula seperti beg ‘non-woven’, ‘paper bag’, ‘tote bag’ atau kanvas bag jika pelanggan memerlukannya,” kata kenyataan tersebut di sini pada Selasa.

Selain itu, peniaga juga diminta untuk mempamerkan notis yang relevan di kaunter pembayaran untuk memberi peringatan kepada pelanggan.

“Notis tersebut boleh diakses melalui pautan https://www.facebook.com/share/p/18jd2iFKbn/,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, MPS mengajak orang ramai untuk menyertai usaha ini dan memulakan langkah kecil bagi menjaga alam sekitar.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting