Hutang tertunggak terlalu besar, pemain KDA tak dibenar berlatih di stadium

ALOR SETAR – Pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menerima cabaran tahun baharu ini apabila pasukan itu dikhabarkan tidak boleh lagi berlatih di lokasi biasa iaitu Stadium Sultan Abdul Halim disebabkan tunggakan sewa yang terlalu besar.

Menurut sumber dalaman KDA FC, ketika ini masih belum ada kata putus di mana pasukan itu akan berlatih esok setelah mereka bercuti daripada menjalani latihan hari ini.

“Selama beberapa hari kebelakangan ini pun, kami bukannya berlatih di tengah-tengah padang sebaliknya hanya di belakang tiang gol saja kerana kawasan itu dikatakan percuma. Namun, semalam difahamkan, kami tidak lagi boleh berlatih di stadium tersebut kerana tunggakan hutang yang terlalu besar.

“Setakat ini para pemain sendiri pun tak tahu di mana kami akan berlatih esok. Mungkin kami akan berlatih di padang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) atau padang Peremba, tetapi hingga kini, belum ada kepastian berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan sebelum ini terdapat perbincangan untuk KDA FC melunaskan tunggakan sewa tersebut sebelum akhir tahun 2024, namun hingga ke hari ini, tunggakan itu masih gagal dilunaskan, malah jumlah kehadiran pemain yang menjalani latihan juga amat sedikit iaitu cuma sembilan orang kelmarin dan 12 orang semalam.

Mengulas lanjut sumber itu berkata, ketika ini pemain dimaklumkan pihak pengurusan sedang berusaha untuk membayar tunggakan dua atau tiga bulan gaji dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kami dimaklumkan begitu tetapi sama ada perkara itu akan jadi kenyataan, kami tak tahu. Sudah banyak kali mereka berjanji hendak membayar gaji tetapi akhirnya, tak ada juga,” katanya.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting