Ribuan beriadah di pantai sempena cuti Tahun Baharu 2025

LAHAD DATU – Ribuan pengunjung mengambil peluang membanjiri kawasan pesisir pantai bagi menyambut Tahun Baharu 2025 yang menjadi pusat tumpuan dan tarikan pelancongan.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan riadah dan rekreasi masyarakat di Lahad Datu adalah Pantai Sahabat 16 Felda Sahabat, Pantai Makuou Tungku, Pantai Payang, Pantai Kasih Lasa Kampung Bangingod dan Silam Coast Conservation Area (SCCA).

Sementara di Kunak, kawasan pesisir pantai yang kerap dikunjungi setiap musim perayaan atau cuti umum adalah Pantai Sarina, ‘Pirates Bay’ dan Pantai Basing Kunak Jaya. 

Para pengunjung yang datang sudah tentu melakarkan kenangan terindah untuk dikenang bersama keluarga bukan sahaja berjalan-jalan, tetapi juga beraktiviti lain seperti berkhemah, memanggang sayap dan menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.

Seorang penduduk Kampung (Kg) Bangindod, Abdul Rasid Nasir berkata, pantai selalu menjadi pilihannya kerana berdekatan dengan rumahnya untuk beriadah bersama keluarga. 

“Suasana pantai ini amat sesuai untuk melakukan aktiviti keluarga seperti mandi laut, buat barbeku, aktiviti ‘banana boat’ dan banyak lagi.

“Ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press.

Menurut Abdul Rasid yang juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bangingod, pantai ini terbuka kepada awam untuk kunjungan termasuk ke jeti kampung berkenaan. 

Bagaimanapun katanya, terdapat caj yang akan dikenakan kepada pengunjung iaitu bagi sewaan pondok serta tujuan  berkhemah. 

“Begitu juga dengan penggunaan tandas dan kesemua caj ini dikenakan bagi membayar upah pembersihan dan pembayaran bil-bil berkaitan,” jelasnya. 

Sementara itu, seorang lagi penduduk di Kunak, Intan Majid berkata, pemilihan pantai sebagai destinasi kunjungan sewaktu cuti atau ‘Hari Besar’ merupakan perkara lazim bagi meluangkan masa dengan keluarga yang tersayang. 

“Di sini (Kunak) suasana Pantai Basing amat sesuai untuk mereka yang inginkan kedamaian selain pantai ini kini semakin menjadi tumpuan ramai pengunjung. 

“Saya berharap agar landskap pantai ini terpelihara selain dapat dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan asas,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis