MP Sungai Petani, bekas MP Alor Setar tepati ramalan menang jawatan ketua bahagian PKR Kedah

ALOR SETAR – Bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari menang dalam pemilihan bahagian PKR Kedah semalam, menurut keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Chan yang juga Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, menang dengan 932 undi menewaskan Ang Say Thong yang meraih 471 undi.

Zamri Yusuf yang menyandang jawatan ketua Alor Setar sebelum ini, memenangi jawatan timbalan dengan 768 undi berbanding 621 undi diperolehi Fadhlurrahman Zawawi.

Taufiq pula menang tanpa bertanding di Sungai Petani, begitu juga ADUN Bakar Arang, Loh Wei Chai yang menang tanpa bertanding sebagai timbalan ketua.

Di Jerai, Firdaus Johari yang juga anak Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, tewas kepada S Poobalan.

Penyandang jawatan ketua bahagian Langkawi, Ismail Wasi Ahmad Shafawi berjaya mempertahankan jawatannya, manakala Ahmad Ramli Shaarani dipilih sebagai timbalan.

Azizi Azizan menang di Kubang Pasu, dengan S Sugumar sebagai timbalan.

Pemenang lain termasuk Rudzi Samsudin (Jerlun), Tahar Hussin (Padang Terap), Altab PA Ibrahim (Pokok Sena), Habib Ahmad Muhaiyuddin Habib Danial (Sik), M Yugins (Merbok), S Chandar (Baling) dan Yeo Keng Chuan (Kulim Bandar Baharu).

Pengundian di 15 bahagian dan sayap Wanitanya selesai semalam, manakala pemilihan Pemuda PKR Kedah yang ditangguhkan akibat masalah teknikal, diadakan hari ini.

Bahagian PKR di Selangor, Perlis dan Melaka mengundi hari ini, manakala Perak, Negeri Sembilan serta Sarawak esok.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta