KPDN P.Pinang lumpuhkan aktiviti seleweng LPG bersubsidi

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan bersubsidi membabitkan gas petroleum cecair (LPG) dalam satu serbuan di sebuah premis sekitar Bukit Mertajam, semalam.

Serbuan kira-kira jam 3 petang itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN hasil maklumat orang awam berhubung urus niaga barang kawalan tanpa kebenaran.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, RS Jegan berkata, pemeriksaan awal mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen atau permit sah yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan bagi pengedaran LPG.

“Pemeriksaan menemui 126 tong gas LPG bersaiz 14 kilogram (kg) dan 12kg yang terdiri daripada tong kosong serta berisi, dengan anggaran berat keseluruhan 444kg.

“Semua tong gas LPG terbabit dan beberapa dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di premis tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemeriksaan mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen atau permit sah yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan bagi pengedaran LPG.

Jegan berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM10,923.60.

Beliau turut mengingatkan mana-mana individu dan syarikat supaya mematuhi undang-undang sedia ada berkaitan pengurusan barang kawalan.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan seterusnya.

“Bagi syarikat, denda maksimum ialah RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan berikutnya,” katanya.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy