PRK Ayer Kuning: Calon PN tawakal, keluar duit tabung santuni pengundi

TAPAH – “Kita akan keluarkan semua duit tabung kita untuk santuni pengundi.”

Demikian reaksi awal calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek, seusai proses penamaan calon.

Ujarnya, sehingga kini respons yang diterima daripada para pengundi di DUN berkenaan adalah positif.

“Semua yang bertanding mengharapkan kemenangan.

“Walaupun ini kali pertama saya bertanding, namun saya hanya tawakal,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penamaan Calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka, di sini pada Sabtu.

Ujarnya, kalah atau menang itu cerita kemudian, tetapi usaha kini tertumpu ke arah untuk bertemu seluruh pengundi dari rumah ke rumah.

“Sememangnya kita mengharapkan kemenangan.

“Sebab itu usaha pertama kita adalah keluarkan semua duit-duit tabung kita untuk santuni pengundi,” jelasnya.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN),PN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54; PN pula mempertaruhkan Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44, manakala PSM Timbalan Setiausaha Agungnya, Bawani KS.

Ahmad Redhauddin mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon PN pada jam 9.01 pagi, disusuli calon BN, Dr Mohamad Yusri pada jam 9.06 pagi dan calon PSM, Bawani KS jam 9.15 pagi.

Sementara itu, Abd Muhaimin, merupakan anak jati yang menetap di Ayer Kuning merupakan Pengetua Maahad Tahfiz Addin Air Kuning sejak 2015.

Beliau juga merupakan penggubal silibus kurikulum Yayasan Addin serta guru tauliah dan takmir Negeri Perak.

Mengulas lanjut berkaitan pentauliahan di masjid, Muhaimin berkata, tiada sebarang isu dan secara jelas telah ada keputusan dari Majlis Agama Daerah Tapah.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian pada 26 April dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Isham mewakili BN Menang dengan majoriti 2,213 undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan PSM (586).

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan