MoU: Terserah pembangkang nak terima, tolak atau runding – Zahid

KLUANG – Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perikatan Nasional (PN) untuk memuktamadkan masa depan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sama ada ingin menerima, menolak ataupun berunding semula.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, MoU berkenaan masih berada pada tahap draf justeru, ia terbuka untuk diputuskan oleh pembangkang.

“Saya fikir Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof sudah pun membentangkan (keseluruhan kandungan MoU) semua sekali.

“Jadi ianya terserah kepada pembangkang sama ada untuk menerima, ataupun nak berunding ataupun menolak sebab itu adalah draf, masih lagi terbukalah… pada hemat saya.

“Tetapi masa kami jadi pembangkang dahulu selama 22 bulan, kami hanya dapat RM100,000 saja setahun.” katanya ketika ditemui media di Kem Mahkota pada Khamis.

Perkembangan terkini, Fadillah yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan memaklumkan, pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

Beliau malah memberitahu, draf sedia ada boleh menjadi asas kepada perbincangan.

Pun begitu, Fadillah berkata, sehingga hari ini, pihaknya belum lagi dihubungi pihak pembangkang bagi meneruskan perbincangan berkaitan MoU itu.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan