MAHA 2024 capai sasaran tiga juta pengunjung

PUTRAJAYA – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung di Serdang, sejak 11 September lalu berjaya mencapai sasaran kehadiran tiga juta pengunjung setakat semalam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pencapaian itu mencerminkan sokongan padu daripada masyarakat bagi program sebegini sekali gus menyaksikan penyerahan sebuah motosikal kepada pengunjung bertuah (bagi pengunjung ketiga juta) sebagai tanda penghargaan.

“Saya jangkakan jumlah pengunjung ke MAHA kali ini akan mencecah lima juta pada hujung minggu ini.

“Bagi menghargai sokongan kuat daripada rakyat Malaysia ke atas MAHA 2024 ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menghadiahkan sebuah kereta Perodua AXIA kepada pengunjung kelima juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata sasaran pengunjung sepanjang 12 hari penganjuran MAHA kali ini adalah seramai tiga juta, iaitu ia mampu menjana nilai jualan langsung mencapai RM40 juta serta nilai potensi pembiayaan kewangan sebanyak RM600 juta.

Katanya, berdasarkan laporan harian MAHA, dijangkakan jumlah pengunjung akan naik mendadak pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Justeru, katanya, beliau sudah mengarahkan kementeriannya untuk menggunakan semua aset bas, van, trem dan bugi yang ada di bawah agensi untuk membantu melancarkan perjalanan orang ramai.

Selain kejayaan mencapai sasaran tiga juta pengunjung, Mohamad berkata, jumlah jualan benih dan anak pokok daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) juga telah melebihi daripada jumlah jualan MAHA edisi lepas.

“Ini menunjukkan kecenderungan dan minat orang ramai terhadap sektor pertanian semakin meningkat,” katanya.

Meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA edisi 2024 akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan