Majlis tahlil: Annuar perlu tahu tertib, jaga perasaan keluarga

KLUANG – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur Tan Sri Annuar Musa yang didakwa tidak menjaga perasaan dan sensitiviti keluarga bekas ADUN Mahkota, Allahyarhamah, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain apabila dilihat memandai-mandai mengumumkan majlis tahlil.

Timbalan Perdana Menteri itu mengingatkan Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat agar tidak bertindak di luar etika.

“Siapa dia ni (Annuar) saya pun lupa nama dia. Saya fikir dalam apa pun bentuk kempen kita harus menghormati sama ada seseorang itu berada dengan kita ataupun telah tiada.

“Kita harus jaga perasaan ahli keluarga terutama ahli keluarga Allahyarhamah dan dalam perkara itu saya fikir pendekatan yang terbaik ialah dengan menyantuni dan mempunyai ketertiban kerana yang kita mahu isi di DUN Mahkota ini ialah wakil rakyat yang telah meninggal dunia.

“Kita mahu perkhidmatan itu diberikan dengan kesinambungan yang baik tujuannya. Supaya Negeri Johor lebih maju dengan kemajuan yang akan dibawa bukan saja DUN Mahkota tetapi juga DUN Kluang keseluruhannya, sebab di dalam perkara ini pada hemat saya cukup-cukuplah daripada mempergunakan pendekatan lama dan membaling rasa kebencian dan melontar sesuatu yang di luar norma etika politik dan kaedah kempen di mana-mana pilihan raya,” ujar Zahid.

Semalam, anak sulung bekas ADUN Mahkota, Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar mengingatkan Annuar untuk tidak menggunakan elemen simpati terhadap Allahyarhamah ibunya sebagai bahan kempen Perikatan Nasional (PN).

Wan Mohd Hibatullah sebaliknya menegaskan, tetap bersama Barisan Nasional (BN). Ini sebagai respons kepada hantaran di Facebook Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya PN, Annuar yang berencana akan menganjurkan majlis tahlil kepada Allahyarhamah Sharifah Azizah yang dijangka pada 24 September ini.

Related Posts

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM