Mobile Legend di Sarawak libatkan pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan e-sukan

MIRI – Pertandingan E-Sukan Mobile Legend akan dipertandingkan di peringkat Negeri di Sarawak bermula di peringakat Pusat Sebaran Maklumat Naional (NADi) dan kemudiannya akan ke peringkat negeri.

Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk pemikiran strategik dan kemahiran kendiri, selain itu turut membangkitkan semangat kerja berpasukan dan turut membina jaringan komuniti di seluruh Malaysia disamping membuka peluang pekerjaan melalui E-Sukan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli NADi yang berusia 18 tahun dan kebawah dan teridiri daripada lima pemain dan satu simpanan, serta diadakan di NADi di setiap daerah dan akan diadakan bermula dari bulan Ogos 2024 sehingga Disember 2024.

Disamping itu juga, NADi turut akan memperkenalkan Modul Kesedaran E-Sukan seperti E-Sukan didalam Pendidikan, Kesihatan dan kesejahteraan dalam E-Sukan, Etika dan Integriti dalam sukan dan lain-lain.

Selain itu juga, turut diselitkan sekali Modul Pensijilan E-Sukan seperti Pengenalan E-sukan.

Bagi pertandingan peringkat NADi, sijil akan diberikan kepada semua peserta yang mengikuti pertandingan ini.

Hanya satu pasukan yang terbaik Sahaja akan mewakili NADi ke peringkat Negeri dan akan merebut hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 3750.00.

Maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di NADi di setiap daerah.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang