MMK Pulau Pinang luluskan diskaun lima peratus kepada pembeli hartanah

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri hari ini bersetuju untuk memperluaskan pemberian diskaun lima peratus kepada semua pembeli bagi tujuan pembelian unit hartanah siap tidak terjual (overhang properties).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebagaimana diumumkan sebelum ini, syarat-syarat asal dikekalkan, iaitu pemberian diskaun ini adalah bagi tempoh satu tahun di bawah kempen MADANI Ownership Campaign (MOC).

“Antara syarat lain ialah ia terhad kepada pemaju yang mengambil bahagian sahaja dan yang berdaftar dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP).

“Selain itu, diskaun ini hanya tertumpu kepada unit-unit yang dikenal pasti tidak terjual dan maklumat berkaitan akan diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC),” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan insentif diskaun lima peratus kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit kediaman dan komersial menerusi dasar baharu dikenali sebagai Dasar Pemangkin Momentum Sektor Hartanah dan Pemilikan Rumah Inklusif MADANI (MADANI Home Ownership Campaign – MOC).

Perkara tersebut diumumkan oleh Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S. Sundarajoo yang memaklumkan insentif itu berkuat kuasa mulai 1 Jun tahun ini hingga 31 Mei 2026, khusus kepada golongan India Muslim yang berminat untuk memiliki hartanah di negeri ini.

Selain itu, LPNPP turut memperkenalkan satu kategori khas iaitu Rumah MutiaraKu Jenis D (RMKu D) dengan harga siling maksimum RM400,000, dikhususkan kepada pembeli yang mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM15,000 sebulan.

Selepas menerima pelbagai reaksi, kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menyemak semula pemberian diskaun tersebut dan Chow Kon Yeow bersetuju agar isu itu dibawa ke MMK untuk diperhalusi dan dibincangkan semula.

Menurut data NAPIC bagi suku pertama tahun ini, terdapat sebanyak 2,729 unit rumah tidak terjual di Pulau Pinang dengan jumlah nilai keseluruhan mencecah RM2.04 bilion.

Antara jumlah itu, sebanyak 699 unit merupakan rumah bernilai di bawah RM300,000 (RM180 juta), 730 unit bernilai antara RM300,000 hingga RM500,000 (RM300 juta), manakala 646 unit melibatkan hartanah bernilai RM1 juta dan ke atas (RM1.07 juta).

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’