Misi keliling dunia ‘tersekat’ di Iran

KUANTAN – Selepas kira-kira lima bulan memulakan ekspedisi mengelilingi dunia menggunakan kereta Perodua Kenari, Jack Voon Kuet Fui terpaksa ‘berehat’ seketika di Iran.

Dia yang tiba di negara itu kelmarin berkata, situasi di Iraq ketika ini tidak mengizinkan untuk memasuki sempadan negara terbabit.

“Risiko agak tinggi dengan konflik yang tercetus antara Israel-Palestin sejak Oktober tahun lalu.

“Jadi, atas faktor keselamatan, saya dinasihatkan oleh pejabat Kedutaan Malaysia di Iraq untuk menangguhkan dahulu perjalanan ke sana,” katanya kepada The Malaysia Press.

Jack Voon

Terdahulu, Jack sempat bertemu Duta Besar Malaysia di Iran, Khairi Omar di Tehran.

Dia berkata, maklumat berkaitan situasi semasa di Iraq diterimanya semalam melalui kiriman emel dari pejabat Kedutaan Iraq.

“Mereka kata risiko terlalu tinggi jika saya meneruskan niat untuk ke sana memandangkan ruang udara dan laluan darat boleh ditutup bila-bila masa jika pertempuran kembali tercetus,” katanya.

Pemuda dari Sarawak itu memulakan ekspedisi mengelilingi dunia pada awal Mei lalu, bermula di pekarangan menara Kuantan 188, dekat sini.

Jack selesai merentasi negara Asia Tenggara sebelum memasuki negara China sekitar Ogos lalu.

Dia menjangkakan misi mengelilingi dunia itu mengambil masa tiga tahun.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang