2,574 jadi korban di Lubnan, 23 orang terbunuh sejak 24 jam lalu

BEIRUT – Jumlah mangsa akibat serangan Israel di Lubnan sejak Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 2,574 orang terbunuh, 12,000 yang lain cedera manakala lebih 1.34 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Dalam serangan terbaharu yang menyasarkan beberapa tempat di sekitar ibu kota Beirut, sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan cedera pada Khamis, menurut media kerajaan, lapor Anadolu.

Sebuah jet pejuang rejim Israel melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah kereta di daerah Aalay di Gunung Lubnan, timur Beirut sehingga menyebabkan dua orang terbunuh.

Selain itu, tujuh orang lagi terbunuh dan 14 yang lain cedera dalam satu lagi serangan udara yang menyasarkan sebuah rumah di bandar Khodor di timur Lubnan.

Serangan dron turut menyasarkan sebuah motosikal di bandar selatan Tyre, meragut nyawa seorang warga Lubnan.

Sementara itu, serangan udara Israel,
yang menyasarkan bandar Borj Qalaouiye di selatan Lubnan membunuh Datuk Bandar bandar itu.

Seorang pegawai tentera Lubnan dan dua askar terbunuh dalam serangan udara ketika mereka memindahkan mangsa yang cedera di bandar Yater, menurut satu kenyataan tentera.

Lima orang lagi terbunuh dalam serangane awal ke atas sebuah rumah di bandar Al-Halaniyah di wilayah Baalbak-Hermel di timur Lubnan, menurut agensi berita negara itu.

Di Kfar Tebnit di daerah Nabatieh, jet pejuang dan dron melakukan serangan udara, membunuh empat orang dan memusnahkan rumah dan bangunan.

Related Posts

Resolusi hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran gagal

WASHINGTON – Satu resolusi dwipartisan bagi mengehadkan keupayaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk melancarkan perang terhadap Iran gagal di Senat ketika serangan ketenteraan masih berterusan. Langkah yang bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekatan bahan binaan burukkan krisis kemanusiaan di Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan tindakan Israel yang terus menyekat kemasukan bahan binaan perlindungan ke Semenanjung Gaza mengakibatkan ratusan ribu pelarian Palestin kini terdedah kepada ancaman banjir besar. Jurucakap PBB,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan